G-Mie (Screen)

Hajmi bin Haji Ibrahim (lahir 11 September 1971), atau lebih dikenali sebagai G-Mie, merupakan bekas vokalis Kumpulan Screen.[1]Bakat menyanyi Gmie Screen mula dikesan penggubah asal Singapura, S. Atan, hampir tiga dekad lalu.[2]Hajmi bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat perkapalan, dan sudah lama bekerja di sana sekitar 1996.[3] Dia mendapat banyak sokongan dari pihak majikannya bagi bergiat dalam bidang hiburan.[4] Hajmi turut menyertai pertandingan Gegar Vaganza (musim 3) (2016), tetapi nyarit terkeluar pada minggu keenam, iaitu Gmie yang menyampaikan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal kumpulan XPDC. Bagaimanapun, dia diberikan imuniti 'Pamoga Qu Puteh' daripada penaja GV3, Datuk Seri Vida untuk melayakkan beliau ke pentas separuh akhir pertandingan itu.[5] Hajmi membawakan lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan Salam Terakhir pada malam akhir program tersebut.

G-Mie (Screen)

Berasal dari Malaysia
Pekerjaan Penyanyi
Nama lahir Hajimi bin Haji Ibrahim
Pengkarya berkait Screen
Instrumen Vokal
Juga dikenali sebagai G-Mie
Kelahiran (1971-09-11) 11 September 1971 (umur 48)
Klang, Selangor
Genre Pop rock, Rock
Tahun aktif 1990–an